Wednesday, May 2, 2012

Keratan Akhbar




ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 114A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
 YANG MELANGGAR 
UNDANG-UNDANG NEGARA






Hari Bersejarah
Terbentuknya Pasukan Rekacipta & Inovasi

Rekod Aktiviti serta prestasi AJK

Tarikh Kemaskini : 19 Jun  2012
  1. 1 Febuari  2011 - Perekacipta bebas En. Rahman menjadi sukarelawan Inovasi AJK.
  2. 15 Mei 2011 - Pertandingan Rekacipta & inovasi pertama AJK 
  3. 7 April 2012 - Kerjasama berhasil dengan perekacipta bebas iaitu En. Wahab ( Sandakan ) dengan En. Tamrin ( UMS labuan ) merekacipta sistem bahanapi Gas memasak sebagai bahanapi Enjin petrol
  4. 2 Mei 2012 - Hakcipta rekabentuk paten kit sistem bahanapi Gas Memasak sebagai bahanapi enjin petrol milik  ILP Kota Kinabalu yang sulung dibuat oleh En. Rahman.Rekacipta  Kit ini dilindungi oleh HAKCIPTA TERPELIHARA terbahagi kepada Rekabentuk, Lukisan , Draf paten serta dokumentasi.
  5. 4 Mei 2012 - Lahirnya 5 orang Perekacipta dari Jurusan Automotif. 4 orang pelajar iaitu Obey,Nelson,Firdaus dan Kelvin dan Seorang Pensyarah iaitu En. Jupili . Rekacipta mereka di daftarkan di Pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia Cawangan Sabah pada pagi jumaat.
  6. 19 Mei 2012 - Hasil dari usaha AJK akhirnya pasukan pertama PEREKACIPTA ILP Kota Kinabalu Sabah yang mempunyai Paten berdaftar di Myipo mempamerkan Rekacipta mereka di Khemah Kementerian Sains,Teknologi & Inovasi selama 2 hari di Kota Marudu sempena Sambutan Pesta Menuai dan Program Jejak Inovasi Yayasan Inovasi Malaysia.
  7. 21 Mei 2012 -  Selepas para Juri Berdebat  selama 14 jam memilih siapa yang layak menerima anugerah dari Perdana Menteri .Para Juri terdiri Pakar inovasi,Pakar Harta Intelek,Pakar Nuklear,Pakar Standard Keselamatan,Pakar Perniagaan,Pendidik Universiti dan Wartawan Inovasi akhirnya jam 10:52 malam pihak Yayasan Inovasi Malaysia menghubungi Kami bahawa rekacipta kerjasama dengan Pemilik Paten yang telah di daftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo) layak dipilih untuk menerima pengiktirafan bersama Perdana Menteri Malaysia dalam majlis JANJI DITEPATI akan datang. 
  8. 22 Mei 2012- Rekacipta yang didaftarkan pada 4 Mei 2012 telah menerima CERTIFICATE OF FILING dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
  9. 1 Jun 2012 -  Lima orang perekacipta dari Jurusan Automotif telah mendaftarkan rekacipta ke 2 mereka di Pejabat Perbadanana Harta Intelek Malaysia Cawangan Sabah pagi Jumaat.Mereka terdiri daripada 4 orang En. Firdaus,En. Obey,En. Kelvin dan En. Nelson dan En. Jupili pensyarah Automotif.
  10. 16 Jun 2012 - Pada jam 3.30 pagi Rekacipta Model ke 8 Smart Handphone Box dilahirkan dengan kerjasama SAINS dengan 5 orang perekacipta ILP Kota Kinabalu  dipasang pada kenderaan milik penaja En. Tadad .
  11. Pertandingan Inovasi ILP Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2011 & 2012. Dengan kehadiran Fasilitator En. Rahman, pada pertandingan inovasi tahun 2011 pelajar jurusan Elektronik telah memenangi Pertandingan tersebut.Pada tahun 2012 , pula Pelajar jurusan Automotif  memenangi Pertandingan inovasi.Ianya juga adalah menunjukkan bahawa hasil panduan di 2 jurusan ini semasa En. Rahman berada di jurusan tersebut telah memberikan motivasi dan memberikan kemenangan kepada para pelajar.  
  12. 03 hingga 08 November 2012 - Salah seorang AJK iaitu En. Jupili Bin Waimin dipilih oleh Perekacipta Bebas En. Rahman sebagai pembantu semasa mengadakan Pameran Inovasi sempena World Innovation Forum 2012 bertempat di KLCC pada 3 hingga 8 November 2012.Khidmat beliau telah memberi sumbangan yang amat baik setelah Inovasi SMART HANDPHONE BOX dipilih sebagai Inovasi Pilihan Juri bersama 4 inovasi lain untuk dibangunkan dan dipasarkan. 
  13. 11 November 2012 - Seramai 6 orang pelajar ILP KK dipilih oleh  MOSTI & Yayasan Inovasi Malaysia sebagai Penggerak Inovasi Malaysia  atau I Cats.Pelancaran I Cats peringkat Negeri Sabah dilancarkan oleh Datuk Maximus Ongkili iaitu Menteri Sains,Teknologi Maklumat & Inovasi di pekan daerah Kota Marudu bersempena Pesta Jagung 2012. Rekod telah tercipta di mana Pelajar ILP Kota Kinabalu, merupakan pelajar IPT Pertama yang dipilih oleh Pihak Yayasan Inovasi Malaysia .

TAHNIAH KEPADA RAKAN AJK Diatas Anugerah Kakitangan Cermerlang 2011.


En. Jupili ( Kiri Sekali ) & En. Hassan Lee ( Tengah )


Pasukan Ke Kota Marudu 19 & 20 Mei 2012 



Gabungan Pelajar & Jurulatih Automotif
Pasukan  Orang Genius  ILP Kota Kinabalu, Sabah.




Dari Kiri :
En. ASRUL TAN ( Pembantu Tugas Khas / Amx2e )
En. NELSON IRSHAN BIN AG. CHINA (Pelajar  Automotif ILP KK ){ SHB TEAM }
En. MOHD FIRDAUS BIN MOHD HATTA (Pelajar  Automotif ILP KK ){ SHB TEAM}
En. D.H. MIL RAHMAN BIOK  ( Pengasas SAINS & AMX2E ){SHB TEAM}
En. JUPILI BIN WAIMIN ( Pensyarah Automotif ILPKK ){LPG TEAM}
En. OBEY BEXTTER BIN ALFRED (Pelajar  Automotif ILP KK ){LPG TEAM}
En. KELVIN KOH HING CHUNG (Pelajar  Automotif ILP KK ){ LPG TEAM}
En. VOO MING CHING  (Pelajar  Automotif ILP KK ) { PENAJA KENDERAAN}



Kelihatan En. Jupili  Pensyarah Automotif ( 6 dari Kanan ) mewakili ILP Kota Kinabalu








Sijil Pemfailan Dari MYIPO bagi Rekacipta yang
didaftarkan pada 4 Mei 2012.

  
Kejayaan Yang Tidak dapat Dilupakan Buat AJK En. Jupili Bin Waimin

Pasukan Yang memenangi Pertandingan Inovasi Sempena Pertandingan Inovasi 2011 dari Jurusan Automotif
Gambar Sumbangan Wilson Wilis

Pasukan Yang memenangi Pertandingan Inovasi sempena Hari Konvo 2012 dari Jurusan Automotif



Pembantu Pameran Inovasi Terbaik
En. Jupili Wamin menerima Hadiah dari Pihak Penganjur World Innovation Forum
iaitu MOSTI & Yayasan Inovasi Malaysia
Meja Pameran Inovasi
SMART HANDPHONE BOX
di WORLD INNOVATION FORUM 2012



Seramai 6 orang pelajar ILP KK dipilih oleh
MOSTI & Yayasan Inovasi Malaysia
sebagai Penggerak Inovasi Malaysia
atau I Cats.Para Pelajar bergambar besama Menteri MOSTI